
Li Khamsatun (Madu)
Satu-satunya makanan kesihatan berasaskan 20 herba pilihan Khazanah Perubatan Islam khusus untuk membuang toksik dalam badan serta memulihkan fungsi kesemua organ badan. Kesemua herba ini mempunyai dalil dan pendapat yang cukup hebat dalam Khazanah Perubatan Islam.
Antaranya:
“ Bersabda Rasulullah S.A.W., Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan mengandungi air dari syurga”.
“ Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka.”
(mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).
KHASIAT “FAQEH” MADU MINDA:
Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.
Membongkar rahsia dari Khazanah Perubatan Islam 12 herba pilihan untuk kecerdasan minda. Melalui Faqeh ini kami dapat menyelesaikan persoalan kenapa ulamak terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu-ribu hadis, mempunyai akal yang cemerlang, bijak berijtihad, menyelesaikan masalah umat serta tidak lupa dan nyanyuk di sepanjang hayat mereka.
Teh Halia Za’faran ialah minuman berkhasiat gabungan herba Perubatan Islam iaitu Halia dan Za’faran tanpa bahan pewarna atau perisa. Amat baik untuk mengubati masalah paru-paru, sakit kepala (migrain), sukar tidur malam (insomnia), masalah hati (hepatitis) dan lain-lain lagi penyakit.
Antara dalil dan hadis Nabi S.A.W.
“ Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir ”.
Kopi Ibnu Sina
Membongkar rahsia minuman kopi ulamak silam. Suatu gabungan herba perubatan Islam di antaranya ialah Hindiba’ yang mana akarnya sudah terkenal sejak 1400 tahun lalu sebagai minuman pengganti kopi.
Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit
keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, (kepanasan, kemerahan kerongkong) dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. (Kitab Al-Qanun fi al-Tib m.s. 550)




No comments:
Post a Comment